Saturday, December 25, 2010

10 sebab kenapa gadis cakap jejaka adalah makhluk yang rumit..

 hai jejaka idaman malaya..kenapa lah susah sangat nak faham kaum macam kau ni??bila perempuan buat ni,tak kena..buat tu pun xkena..tapi kalau kau buat,semua nya kena!still nak deny??oke..fine!entry kau bawah ni boleh buat kau fikir apa yang aku cakap ni betul kot..now..baca lah!



p/s:cantik gila rambut pompan ni!tunggu lah rambut aku panjang..aku nak buat curl macam ni..


kamu=perempuan..
dia=lelaki..

1.Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya. Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong.

2. Jika kamu berbual-bual dengan lelaki lain dia akan kata kamu gatal. Tapi jika dia menggatal-gatal dengan perempuan lain, dia kata itu hanya kawan.


3. Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala. Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tak ada IQ tinggi.

4. Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka. Jika dia yang lebih pintar, dia bilang hebat.

5. Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya. Jika tidak, dia kata kamu kekampungan.


6. Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian. Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu.

7. Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh . Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.

8. Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai. Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa.

9. Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam. Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukar
untuk dijaga hati.

10. Jika mereka yg bernama lelaki membaca ini, mereka pasti bersumpah semua ini tidak benar......
.

No comments:

Post a Comment