Thursday, April 21, 2011

andainya...

hey my love. .
im waiting . . .
and still waiting till the end of time . .
coz my love for u will be last forever . .
i wanna be ur baby . .
;)

hey my love.. .
one day u will know why . .

* Andainya lelaki tahu . .
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya
punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

* Andainya lelaki tahu . .
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan
bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus
tabah menyintai lelaki itu.

* Andainya lelaki tahu . .
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu
mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat
mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang
baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin
bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak
pertelingkahan yang berlaku.

* Andainya lelaki tahu . .
Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud
untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan
lebih dekat.

* Andainya lelaki tahu . .
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan
bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu
menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa
depan anda.

* Andai lelaki tahu . .
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan
bermakna dia tidak sayang. .
tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak
kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu
risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan
yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang
terbaik untuk anda.

* Andai lelaki tahu . .
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia
bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa
dihargai.

* Andai lelaki tahu . .
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud
dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa
tubuhnya.

* Andai lelaki tahu . .
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar
maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa
bermain di mata.

* Andai lelaki tahu . .
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan
percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia
mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di
matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di
hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan
menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di
hatinya, kamu tetap yang terbaik.

* Andai lelaki tahu . .
Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi
degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar
dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar
fikirannya dalam masa sesaat.

* Andai lelaki tahu . .
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak
bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu
menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-
benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan
sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

* Andai lelaki tahu . .
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan
perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan .

* Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air
matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan
seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya
perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang
bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi
lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam
hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan
membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi
perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda..

No comments:

Post a Comment